Chef Muda



SARAH SABAR HARUNGI CABARAN



'Seni kulinari', namanya pun sudah kedengaran gah. Ia bukan kerjaya memasak semata-mata tetapi prospeknya adalah lebih besar daripada itu. "Pada saya, makanan membuatkan seseorang individu itu terbuai  gembira dan oleh itu saya mengalu-alukan sesiapa saja yang mencintai bidang ini agar terus memperkasakan diri untuk menjadi Chef yang disegani di persada dunia," ujar Sarah Mohd Khir atau mesra dipanggil Sarah di awal bicara bersama penulis.

Bertubuh kecil molek dengan seraut senyuman manis sering menghiasi wajahnya. Disebalik itu, empunya diri ialah seorang gadis yang kental dan sanggup berhadapan cabaran bagi merealisasikan hasrat di hati. Pertemuan pertama kali antara penulis dan dirinya di UNIRAZAK yang kini di lokasi terbaru kampus itu yang terletak di Leisure Commerce Square di Petaling Jaya membuka pelbagai cerita mengenai kegigihannya.

UNIRAZAK PILIHAN HATI
Ketika ditanya tentang universiti yang menjadi medan buat dirinya menimba ilmu dalam bidang yang dicintainya. Sarah menyatakan dia yakin UNIRAZAK mampu membantu dirinya untuk  tampil sebagai seorang Chef terkemuka suatu masa kelak.

"Pada saya, UNIRAZAK merupakan antara universiti yang disegani dan tersohor dalam negara. Terutama membabitkan bidang seni kulinari. Justeru, saya merasakan keputusan untuk belajar di sini adalah tepat kerana subjek yang diajar mengikuti peredaran dan kehendak semasa. Selain daripada itu, bahan-bahan makanan dan ramuan yang digunakan di dalam kelas praktikal juga halal di samping peralatan memasak di dapur yang serba lengkap dan terkini. Tenaga pengajarnya pula berpengalaman dan pernah menceburkan diri di dalam industri F&B," ujarnya sambil tangan ligat menggaul lauk pauk yang dimasak di dalam kuali.

Tambah gadis manis bertubuh kecil ini lagi, pemilihan UNIRAZAK sebagai pusat pengajian baginya dalam menimba ilmu berkaitan bidang Kulinari juga mendapat restu dan dorongan bapanya. Segala maklumat mengenai kursus yang ditawarkan oleh UNIRAZAK diberitahu oleh si bapa yang juga seorang pensyarah berpengalaman di institusi pengajian tinggi swasta tersebut. Malah, Sarah juga mendengar sendiri pengalaman daripada teman-temannya yang pernah menuntut di universiti itu dan dimaklumkan mengenai keistimewaannya.

Bercita-cita untuk menjadi Chef dan usahawan berjaya dalam bidang F&B, gadis berusia 23 tahun ini mengakui gemar memasak dan sekaligus mendorong dirinya untuk menyelami dunia kulinari dengan lebih mendalam. "Minat yang sangat mendalam di dalam bidang masakan mendorong saya untuk memilih kursus ini. Apatah  pula saya bercita-cita untuk menjadi Chef suatu masa nanti. Peluang yang ada ini akan saya gunakan dengan sebaik mungkin dalam mempelajari semua selok belok mengenai dunia masakan. Selain daripada itu, saya juga dapat menonjolkan skil dan kreativiti di dalam bidang masakan yang kini menjadi trend dan sangat popular. Ini sejajar dengan kursus Seni Kulinari di UNIRAZAK yang menawarkan pembelajaran di dalam bidang masakan selaras dengan aliran semasa dan memenuhi kehendak dan keperluan industri pada masa kini.

"Walaupun berada di luar kelas, ilmu dan skil yang saya pelajari perlu diasah selalu supaya saya tidak kekok atau lupa. Justeru, saya memanfaatkan sepenuhnya ilmu tersebut dengan memasak di rumah, bekerja sambilan sebagai tukang masak dan mencuba sesuatu masakan yang baru lalu dikongsikan bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Pandangan mereka amat saya hargai kerana saya akan dapat menajamkan lagi kemahiran yang dimiliki," jelas gadis bermata bundar ini yang turut bercita-cita meletakkan masakan asli Melayu di mata dunia.





glossari
logRasa