Gerbang Kulinari



PENYAMAN UDARA MUDAH ALIH GENERASI KETIGA DILANCAR




Tidak dapat disangkal lagi bahawa kehidupan kita kini sudah dipermudahkan oleh pelbagai peralatan moden yang lebih selesa. Buktinya, penyaman udara generasi ketiga iaitu iPort pintar dan ePort berevolusi keluaran syarikat Fimaco Sdn. Bhd., yang dilancarkan ke pasaran baru-baru ini terbukti sangat selesa untuk digunakan.

Berkonsep mudah alih dengan rupanya yang elegan dan trendi, rekaannya sepadan dengan konsep reka bentuk kebanyakan kediaman masa kini. Pemasangannya tidak memerlukan kerja-kerja mengetuk dinding kerana ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja termasuk di kawasan terbuka. Fungsi follow me yang terdapat pada penyaman udara ini menjadikan ruang udara yang ia berada itu menjadi dingin dan segar secara tersendiri.

“Dalam era teknologi ini perkakas sebegini lama-kelamaan akan menjadi keperluan bagi setiap rumah di negara kita dan kerana itu ia menjadi impian kami untuk merealisasikannya,” ujar Pengarah Urusan Fimaco Chew Leng Huat semasa melancarkan produk tersebut.



Di samping penyaman udara MEC pihaknya telah melancarkan siri baru peti dingin beku Vertigo, yang lebih menyihatkan dan higenik bagi kegunaan harian. Ia sesuai untuk menempatkan makanan dingin beku yang semakin digemari kini. Ia mempunyai lebih banyak ruang efisen untuk menempatkan item dengan selesa serta mengikut tempoh tarikh luputnya.

Dengan adanya unit-unit laci yang terpisah-pisah membolehkan pengguna menghindarkan kiub ais, aiskrim dan makanan dingin beku daripada bau ikan. Bagi penerangan lanjut mengenai produk-produk tersebut, anda bolehlah mengunjungi bilik pamerannya iaitu Living Trend di Wisma Fiamma, Bandar Manjalara, Kepong. Boleh juga menelefon:03-62798788 atau 03-62798888.




glossari
logRasa