Glosari
  { A . B . C . D . E . F . G . H . I . J . K . L . M . N . O . P . Q . R . S . T . U . V . W . X . Y . Z }
:: Krim Mentega Itali ::
Sejenis aising yang sangat berkrim. Diperbuat dengan cara memukul mentega sehigga meringue.

:: Telur Scottish ::
Sejenis hidangan British di mana telur direbus sehingga keras dan disalut dengan sosej. Kemudian dicelup dengan telur yang dipukul dan digulungkan dengan serbuk roti. Selepas itu digoreng deep fried. Hidang panas atau sejuk.

:: Salsa ::
Sejenis sos orang Spain. Secara tradisional ia terkenal di Mexico dam diperbuat daripada tomato yang diperasakan dengan cilantro, cili dan bawang. Selain itu ia dicampur herba segar, rempah buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia biasanya dijadikan sos pencicah.

:: Macaroon ::
Sejenis biskut yang liat dan diperbuat daripada gula, telur putih, pes badam, kacang badam. Ada juga yang mencampurkannya dengan kelapa. Biasanya biskut dilapiskan dua dan diletakkan jem atau coklat di tengahnya.

:: Jus Lie ::
Sos yang diperbuat daripada stok yang dipekatkan dengan tepung jagung atau kanji. Ia sering dijadikan glis pekat.

:: Beri Juniper ::
Sejenis beri yang berwarna biru kehitaman yang beraroma. Ia sejenis tumbuhan malar hijau. Beri ini juga boleh dikeringkan.

:: Julienne ::
Menghiris sayuran dengan cara julienne iaitu 1/8 X 1/8 X 1/2 inci. Biasanya bawang, lobak merah, timun dan sayuran keras.

:: Roti Itali ::
Sejenis roti Itali yang mempunyai lapisan kerak yang keras dan agak liat sedikit. Ia diperbuat daripada tepung, air, yis dan garam.

:: Bombe Glacee ::
Sejenis pencuci mulut Peranchis yang mengandungi lapisan-lapisan aiskrim dan serbat. Biasanya dibentukkan dengan acuan bulat.

:: Blini ::
Sejenis penkek orang Rusia yang diperbuat daripada batter gandum kuda dan tepung gandum. Biasamya dihidangkan dengan krim masam dan kaviar.

:: Arugula ::
Sejenis sayur yang berdaun hijau gelap. Mempunyai rasa yang agak pedas dan biasanya dijadikan salad. Juga dikenali sebagai rucola dan rugula.

:: Strudel ::
Strudel ialah sejenis pastri yang dibuat daripada lapisan doh yang banyak dan sangat nipis dan dibuat secara gulung, kemudian dibakar sehingga warnanya bertukar coklat keemasan. Ia sangat popular di Jerman, Austria dan Eropah Tengah. Antara strudel yang popular ialah Strudel Epal yang dicampur herba dan mempunyai rasa yang manis.

:: Cendawan straw ::
Cendawan straw sangat popular di dalam masakan Asia. Mempunyai bentuk yang agak bulat di atas. Ia Warna pucat ketika muda dan agak gelap sedikit apabila matang.

:: Chakalaka ::
Sejenis masakan sayur-sayuran di Afrika Selatan yang sangat pedas. Ia seperti salsa Mexico yang menggunakan lada benggala, tomato, bawang putih, lobak yang diparut, kubis parut, kacang dan bunga kubis yang diparut.

:: Burung Puyuh ::
Sejenis burung kecil yang dagingnya enak rasanya dan sesuai untuk dimasak pelbagai masakan.

:: Manouri (Greek) ::
Keju tidak bergaram yang lembut dan diperbuat daripada susu kambing atau kambing biri-biri. Ia dihidangkan bersama buah-buahan.

:: Bottarga Di Toono Macinato (Itali) ::
Tuna yang dikisar dan dimasak kering. Ia dihidangkan bersama pasta.

:: Caldo de Coco (Sepanyol) ::
Sup dibuat menggunakan santan, air dan ikan kod.

:: Haemul Bi Bim Bab (Korean) ::
Sayur campur yang ditumis dan dihidangkan bersama nasi di dalam bekas tembikar.

:: Ababai ::
Ababai adalah daripada keluarga buah-buahan Caricacae yang bentuknya seperti buah betik. Diimport dari Chile kerana ia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengeksport buah enak ini. Sebelum ini ia merupakan buahan terlindung di Chile dan hanya baru-baru ini ia dieksport.



glossari
logRasa