Snek

:: GAPAI IMPIAN DI ASEAN CULINARY ACADEMY ::


Penulis mengetahui mengenai kolej ini menerusi seorang rakan setugas. Menurutnya kolej yang terletak di Setia Alam ini menawarkan kursus kulinari terutama melibatkan sajian India yang pastinya menjanjikan sesuatu kelainan berbanding kolej kulinari yang lain.

Pun begitu, terdapat juga program yang bersangkutan dengan dunia Hospitaliti dan F&B yang kian menjadi pilihan generasi muda masa kini. Team RASA sempat berkunjung ke Asean Culinary Academy (ACA) yang terletak di lokasi strategik dan tumpuan ramai. Ternyata sambutan baik yang diterima daripada tenaga kerja dan para pelatih menyemarakkan suasana sepanjang sesi fotografi berlangsung. Ikuti temu bual penulis bersama warga ACA.

PENGENALAN:
Asean Culinary Academy (ACA) memulakan operasi pada tahun
2006 dan dimiliki sepenuhnya oleh Millennium Skill Training Academy Sdn. Bhd. Matlamat utamanya adalah untuk menjadi pusat latihan dan kemahiran yang mempunyai reputasi cemerlang di dalam industri penyediaan makanan (F&B). Malah dalam masa yang sama melahirkan generasi muda yang berkemahiran dalam bidang kulinari.

Kolej yang menjadi pusat akreditasi bagi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia ini menyediakan program Kulinari dan Latihan Chef bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).






glossari
logRasa