Bahan-bahan:
350gm fettuccine
250gm air rebusan ayam
280gm cincangan tomato dalam tin
250gm daging kisar
200gm tomato puri
50gm mentega
2 biji tomato segar - dicincang dadu
1 biji lobak merah - didadu kecil
1 biji bawang besar - dicincang dadu
2 ulas bawang putih - dikisar halus
2 sudu makan parutan keju parmesan
1 sudu teh oregano kering
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
Sedikit mentega - untuk menumis
Cara memasak:
1. Rebus pasta Fettuccine sehingga empuk kemudian toskan.
2. Sebaik diangkat, gaulkan dengan sedikit minyak zaitun dan gaul rata.
3. Panaskan mentega sehingga cair kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
4. Masukkan daging kisar bersama tomato cincang, tomato segar, tomato puri, lobak merah, oregano dan juga air rebusan ayam.
5. Biarkan sehingga dagingnya empuk dan kuahnya mendidih dan pekat.
6. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau rata dan angkat.