Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar
1 liter air
1 biji kelapa - diambil pati santannya
3 biji telur
1 ketul gula melaka
3 helai daun pandan
1 ketul gula batu
Secubit garam
Cara memasak:
1. Masak agar-agar bersama air, gula merah, gula batu dan gula pasir sehingga hancur.
2. Angkat dan tapiskan kemudian dimasak lagi beberapa minit.
3. Dalam bekas berasingan, campurkan pati santan bersama telur dan pukul sehingga kembang.
4. Tuangkan adunan ke dalam campuran agar-agar tadi dan biarkan mendidih.
5. Sebaik mendidih, angkat dan terus sahaja di tuang ke dalam loyang.
6. Biarkan sejuk.