Nutrisi



Anda boleh menyimpan bahan A di dalam peti sejuk dan keluarkan 20 minit sebelum mahu digoreng.



:: UBI GETUK COKLAT ::


Bahan A:
300gm ubi kayu - direbus
150gm kelapa parut
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B:
300gm tepung beras
100gm tepung ubi
1 biji telur
½ sudu teh kuning telur
300 liter air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan C:
Coklat masakan secukupnya - dicairkan
Coklat masakan putih secukupnya - dicairkan
Coklat urai warna warni secukupnya

Cara memasak:
1. Lenyekkan ubi kayu yang direbus tadi tetapi jangan sampai hancur.
2. Kemudian satukan dengan kelapa parut dan perasakan secukupnya.
3. Setelah itu bulat-bulatkan ubi tadi mengikut saiz yang dikehendaki. Lakukan sehingga habis.
4. Untuk bahan B pula, satukan kesemua bahan sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
5. Panaskan minyak dan celupkan bebola ubi tadi ke dalam adunan tepung
sehingga adunan sebati lalu digoreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
6. Akhir sekali, apabila bebola ubi telah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan dengan kaedah double boil sehingga sekata.
7. Hiaskan mengikut kreativiti anda dan taburkan coklat urai berwarna-warni.
8. Sedia untuk dihidangkan.





glossari
logRasa