Bahan-bahan:
125gm badam
1½kg campuran sayuran (lobak, brokoli, lada benggala, zucchini)
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 sudu teh halia
3 sudu teh tepung jagung
3 sudu teh kicap cair
125ml stok sayuran
2 biji bawang merah
2 sudu teh minyak sayuran
Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak sayuran di dalam kuali leper.
2. Selepas itu masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan sayur, stok sayuran, kicap cair dan tepung jagung . Kacau sehingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan badam. Kacau sehingga rata dan biarkan masak sebentar.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.