Bahan-bahan:
100gm daun pegaga segar - dihiris halus
100gm bawang besar
100gm bawang putih
100gm udang - dicelur dan dibuang kulit
300ml tomato coulis
200ml air rebusan ayam/udang
50gm keju parmesan
Garam dan lada hitam secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis
Cara memasak:
1. Celur pasta sehingga lembut dan ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan yang dicincang halus sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan tomato coulis dan kacau lagi.
4. Seterusnya masukkan air rebusan ayam atau udang dan perasakan.
5. Setelah itu barulah dimasukkan udang dan digaul sebati.
6. Kemudian campurkan pasta bersama sos tadi dan hidangkan di dalam pinggan.
7. Akhir sekali, taburkan hirisan daun pegaga dan keju parmesan di atas pasta. Sedia untuk dihidangkan.